Tuesday, 14 August 2012

kisah seorang khalifah dan seorang pak cik pengangkut barang yg soleh.

>_<

ok hari ni tetibe je datang pulak mood nak ceritakan kisah seorang khalifah (pemimpin) bani abbasiyyah .nama khalifah tu Ali putera Al-Ma'mun.

dia ni seorang pemimpin muslim lah kan.tapi hidup dia dilimpahi dengan kemewahan kemegahan kesenangan (keduniaan)

of corse lah dia ni tinggal dalam istana yang besar dan sangat cantik.dia ada banyak kereta mewah-mewah.dia dilayan sebagaimana layanan terhadap orang-orang yang dimuliakan.

istana dia terletak di  baghdad.kat iraq lah kan .

suatu hari ni dia duduk kat balkoni istana sambil memerhatikan rakyatnya.sbb dia teringin sangat nak melihat keadaan kehidupan rakyat-rakyat dia.




selepas lama dia perhatikan, dia tertarik melihat seorang pak cik tua yang bekerja sebagai tukang pengangkut barang di pasar.

khalifah tu pun sangat mengagumi pak cik ni sebabnya dia pelik tengok pak cik tu yang bersungguh-sungguh bekerja.

pak cik ni setiap hari akan menunaikan solat dhuha dua rakaat di tepi sungai tigris dan berdoa dengan sangat khusyuk.

time zohor pak cik tu akan solat zohor tepat waktu.



dan setiap hari pak cik nih akan makan roti dan basahkan roti tu dengan air sungai tu.

dan lebihan roti tu akan dia bawak balik dan berkongsi ngan keluarga nya.mak dia yang dah uzur dan adik perempuan dia yang buta.


setelah sekian lam si khalifah ni tengok pak cik tu.


dia pun suruh lah pengawal-pengawal istana pi panggil pak cik tu datang berjumpa dengan nya di istana.

bila pengawal istana jumpa pak cik tu.pak cik tuh pun sangat lah takut.sebab dia ingat pengawal istana tu nak tangkap dia dan masukkan dia dalam penjara.

so dia pun sepanjang jalan menuju ke istana dia bacalah ''hasbunallah wa ni'mal wakeel''

biasanya orang baca ayat2 macam tu bila merasakan diri sedang dianiaya.dulu time nabi Ibrahim dibakar nabi Ibrahim baca ayat ni laa.

~so kita pun boleh amalkan baca doa ni jugak.

bile sampai je kat istana.si khalifah ni macam-macam lah dia tanya.

sekali tu dia offer kat pak cik tu unt duduk barsamanya di dalam istana.

tapi surprise sangat sbb nya pak cik tu tak nak.dia kata 'sesungguhnya demi Allah aku reda dengan cara hidupku sekarang.aku takut hatiku akan menjadi keras dan agama ku akan terlantar'.

khalifah tu terkejut dub bertambahlah rasa kagum(thiqqoh) dia kat pak cik tuh.

khalifah tu setiap malam tidak dapat tidur dengan lena sbb dia rasa hidup dia terlalu jauh dengan fitrah kehambaan pada ilahi.

jadi suatu malam dia mengambil keputusan unt lari dr istana menukar pakaian orang miskin.dan tinggal di kampung.dia nk jadi orang biasa.

dia pun mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah.dan dia lebih merasa tenang dan damai .

ending cerita ni macam tu jelah.
pemerintahan negara tu tak terabai sbb dah diambilalih .so x de masalah sangat lah.

moral of story ~~

so kita tak boleh lemakkan diri dengan kemewahan.berbelanja berpada-padalah.moga Allah mengurniakan kepada kita nikmat iman dan kelapangan menjadi hambaNya yang sentiasa taat dan khusyuk.

ilmu iman ihsan.:)








No comments:

Post a Comment